Home Politik Kongres KEADILAN Ditangguh ke Ogos, Fokus Hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

Kongres KEADILAN Ditangguh ke Ogos, Fokus Hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

89
0

BATU PAHAT, 6 Jun – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengumumkan penangguhan Kongres Tahunan parti itu yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Jun kepada 14 hingga 16 Ogos 2026.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat bulanan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang diadakan di Batu Pahat, Johor hari ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan parti itu, lokasi penganjuran kongres kekal di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

KEADILAN menjelaskan penangguhan tersebut dibuat bagi memberi ruang khusus kepada jentera parti di Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

“Penangguhan ini dibuat bagi memberi ruang khususnya kepada KEADILAN Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiapsiagaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, Biro Politik turut melantik Senator Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden KEADILAN.

Pelantikan kedua-dua pemimpin tersebut dilihat sebagai langkah memperkukuh organisasi serta memperkemaskan gerak kerja parti di peringkat pusat menjelang beberapa agenda politik penting yang bakal berlangsung.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil.

— Melaka Report

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here