Home Nasional PAS Tamatkan Kerjasama Politik Dengan BERSATU

PAS Tamatkan Kerjasama Politik Dengan BERSATU

90
0

KUALA LUMPUR, 8 Jun – PAS hari ini mengumumkan keputusan untuk menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU selepas meneliti kedudukan dan hala tuju hubungan antara kedua-dua parti itu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.

Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung hari ini dan diumumkan menerusi satu kenyataan media yang ditandatangani Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Menurut kenyataan itu, PAS turut memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu yang mempertimbangkan aspek dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik parti berkenaan berdasarkan prinsip penyatuan ummah.

Selain memutuskan hubungan politik dengan BERSATU, PAS memaklumkan bahawa parti itu akan meneroka satu bentuk persefahaman politik baharu serta kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dalam masa sama, PAS turut menyatakan kesediaan menerima penyertaan tokoh akademik, profesional, pemimpin politik dan aktivis masyarakat yang berminat untuk bersama parti itu.

Pengumuman tersebut dijangka memberi kesan besar kepada landskap politik negara, khususnya melibatkan gabungan pembangkang menjelang beberapa siri pilihan raya yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.

– Melaka Report

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here