Home Komuniti HAWA Melaka Berjaya Anjur Program ‘Mommy To Be’ di Telok Mas, Fokus...

HAWA Melaka Berjaya Anjur Program ‘Mommy To Be’ di Telok Mas, Fokus Kesejahteraan Ibu dan Keluarga

64
0

TELOK MAS 15 JUN– Komitmen berterusan HAWA Melaka dalam memperkasakan golongan wanita diteruskan lagi dengan penganjuran program HAWA Mommy To Be @ WRUR Telok Mas yang berlangsung dengan jayanya hari ini.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan itu bertujuan untuk memberi ruang kepada para peserta, khususnya golongan ibu, bakal ibu serta remaja wanita untuk menimba ilmu serta panduan berkaitan kesihatan diri, penyusuan susu ibu, serta kesejahteraan institusi kekeluargaan.

Pengerusi HAWA Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Menurut beliau, kejayaan acara ini adalah hasil daripada semangat kerjasama dan komitmen padu semua pihak yang mempunyai visi sama dalam memastikan kebajikan serta kesihatan para ibu di negeri ini sentiasa terjaga.

“Semoga segala ilmu yang dikongsikan sepanjang program ini menjadi panduan berguna buat para ibu dan bakal ibu dalam usaha membesarkan generasi masa hadapan yang sihat, cerdas dan berakhlak mulia,” ujar beliau.

Antara pengisian utama program adalah sesi perkongsian ilmu daripada wakil Pejabat Kesihatan Melaka Tengah, Pn. Izzah daripada PSP KK Batu Berendam yang memberikan panduan serta tips kesihatan yang sangat bermanfaat kepada para peserta.

Selain itu, program turut diserikan dengan perkongsian santai namun penuh informasi daripada Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang juga Timbalan Pengerusi HAWA Melaka, PM Dr. Dzulkhairi Mohd Rani. Beliau menyentuh topik mengenai kepentingan kesihatan ibu serta peranan vital keluarga dalam mencorakkan generasi yang sihat.

Datuk Haryaty turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan kesihatan daerah, termasuk Pegawai Kesihatan Melaka Tengah, Dr. Ridzuan Janudin dan Pn. Hanim daripada PSP Melaka Tengah yang banyak membantu melancarkan program. Sokongan daripada pihak swasta, Lattice Synergy Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Mr. Chua dan Mr. Balu juga dihargai atas kesudian berkongsi maklumat produk kesihatan kepada para peserta.

Mengangkat tema “Empowering Mothers, Nurturing Tomorrow”, program ini membuktikan kesungguhan HAWA Melaka dalam menyantuni masyarakat serta menyediakan platform pendidikan kesihatan yang inklusif.

Pihak penganjur berharap agar lebih banyak program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong kesejahteraan wanita dan keluarga di negeri Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here