Home Komuniti Ziarah Kasih, Zaidi Attan Santuni Ketua Wanita UMNO Cawangan Tedong Pantai

Ziarah Kasih, Zaidi Attan Santuni Ketua Wanita UMNO Cawangan Tedong Pantai

203
0

KAMPUNG TEDONG PANTAI — Keprihatinan terhadap kebajikan anggota parti dizahirkan menerusi kunjungan Ziarah Kasih oleh YB Datuk Zaidi Attan ke kediaman Puan Norhayati Mohd Nor, Ketua Wanita UMNO Cawangan Tedong Pantai, yang sedang dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan pada lutut.

Kunjungan tersebut bertujuan menziarahi serta memberikan sokongan moral kepada Puan Norhayati yang mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika menjalankan tugas Jalinan Rakyat (JR) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Tembakau.

Insiden berkenaan bagaimanapun tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memberikan komitmen terhadap gerak kerja parti. Kecederaan yang dialami menjadi antara cabaran yang perlu ditempuhi dalam melaksanakan tanggungjawab turun padang dan mendekati masyarakat.

Dalam kunjungan itu, YB Datuk Zaidi Attan menzahirkan harapan agar Puan Norhayati diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta kembali sihat seperti sediakala.

Beliau turut menghargai semangat, kesungguhan dan komitmen yang sentiasa dicurahkan Puan Norhayati dalam melaksanakan tanggungjawab bersama jentera parti, khususnya menerusi gerak kerja Jalinan Rakyat.

Tugas sebagai anggota JR sememangnya menuntut pengorbanan, kesungguhan dan ketahanan fizikal. Namun, semangat yang tinggi untuk memastikan perjuangan serta gerak kerja parti terus diperkukuhkan jelas terpancar dalam diri Puan Norhayati walaupun berdepan kecederaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Wanita UMNO DUN Serkam kini terus mempergiatkan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa. Usaha itu termasuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat dan memastikan kesiapsiagaan jentera di setiap peringkat.

Komitmen berterusan anggota Wanita UMNO DUN Serkam itu diharapkan dapat membantu memastikan Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRN Melaka sebelum ini, selain memperkukuh kesatuan dan semangat perjuangan dalam menghadapi cabaran politik akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here