Home Pendidikan Dari Mimbar Ke Hati Ummah : “Cinta Ibu Bapa Tanpa Bersyarat”

Dari Mimbar Ke Hati Ummah : “Cinta Ibu Bapa Tanpa Bersyarat”

19
0

MELAKA, 4 September – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerusi Bahagian Pengurusan Masjid menyeru seluruh umat Islam agar sentiasa memelihara adab dan berbakti kepada kedua ibu bapa tanpa berbelah bahagi demi meraih keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Menerusi Kapsul Mimbar Jumaat Negeri Melaka bertajuk “Cinta Ibu Bapa Tanpa Bersyarat” yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri hari ini, umat Islam diingatkan bahawa reda Allah SWT terletak sepenuhnya pada reda kedua ibu bapa, manakala kemurkaan-Nya juga bergantung kepada kemurkaan mereka.

Khatib menegaskan pentingnya menjaga kesantunan dalam pergaulan harian bersama ibu bapa, khususnya apabila mereka melangkah ke usia senja. Umat Islam dilarang keras daripada meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati, mahupun mengabaikan kebajikan mereka.

Naskah khutbah berkenaan diiringi dengan doa agar masyarakat Islam dikurniakan taufik untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa, seterusnya membina ummah yang mendapat keredaan Ilahi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here