Home Melaka Aduan Rakyat, Tindakan Segera – YB Along Terus Prihatin Menyantuni Penduduk DUN...

Aduan Rakyat, Tindakan Segera – YB Along Terus Prihatin Menyantuni Penduduk DUN Asahan

122
0

ASAHAN – Prihatin terhadap kebajikan rakyat dan keperluan setempat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, YB Along telah turun padang bagi meninjau beberapa isu yang dibangkitkan oleh penduduk Kampung Baru Selandar. Program tinjauan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Pejabat Daerah dan Tanah Jasin (PDTJ), Syarikat Konsesi Penyelenggaraan Rutin Bersepadu (CMI Infra), Ahli Majlis serta pihak SWM Environment.

Turun padang bagi mendengar sendiri suara rakyat merupakan antara rutin yang sentiasa dilaksanakan oleh YB Along setiap kali menerima aduan daripada penduduk. Pendekatan ini membolehkan setiap permasalahan yang dihadapi masyarakat diteliti secara lebih dekat dan diselesaikan melalui kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

Hasil daripada tinjauan dan perbincangan secara terus bersama semua pihak yang terlibat, beberapa tindakan susulan telah dipersetujui bagi memastikan kebajikan dan keselesaan penduduk terus terpelihara. Bagi isu pokok yang memerlukan penyelenggaraan, tindakan akan diambil oleh pihak MPJ. Manakala bagi kawasan rumput yang memerlukan perhatian segera, kerja-kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan terlebih dahulu oleh pihak CMI Infra sebelum tindakan susulan diambil oleh MPJ.

Selain itu, masalah longkang tersumbat yang menjadi antara rungutan penduduk akan diuruskan oleh pihak MPJ. Dalam masa yang sama, pihak SWM Environment turut bersetuju untuk membekalkan dua tong sampah tambahan bagi meningkatkan tahap kebersihan serta keselesaan penduduk di kawasan tersebut.

Komitmen dan kerjasama erat antara wakil rakyat, agensi kerajaan serta pihak berkaitan membuktikan bahawa setiap aduan rakyat sentiasa diberikan perhatian sewajarnya. Pendekatan turun padang yang diamalkan oleh YB Along diharap dapat terus memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat demi memastikan DUN Asahan terus maju, bersih dan sejahtera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here