Home Komuniti ADUN Durian Tunggal Tinjau Kolam Tadahan, Cari Penyelesaian Isu Banjir di Belimbing

ADUN Durian Tunggal Tinjau Kolam Tadahan, Cari Penyelesaian Isu Banjir di Belimbing

78
0

DURIAN TUNGGAL, 4 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Zahari Kalil semalam mengadakan lawatan ke kolam tadahan di Taman Belimbing Setia dan Vista Belimbing bagi meneliti isu aliran air serta risiko banjir yang sering menjadi kebimbangan penduduk setempat.

Lawatan yang bermula sekitar jam 9.30 pagi itu turut disertai wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), pihak pemaju serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Menurut Zahari, antara perkara yang dibincangkan ialah tindakan JPS untuk mengkaji semula sistem saliran sedia ada bersama MPAG bagi memastikan aliran air dapat diuruskan dengan lebih berkesan.

Zahari bersama agensi kerajaan melawat keadaan kolam tadahan banjir di Belimbing

Katanya, usaha turut dirancang bagi menahan dan mengawal kuantiti air terlebih dahulu ketika hujan lebat sebelum dilepaskan secara berperingkat.

“Langkah ini penting bagi mengurangkan limpahan air ke kawasan kampung yang boleh menyebabkan banjir serta menjejaskan penduduk,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan segera demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan DUN Durian Tunggal.

“Insya-Allah, saya akan terus memantau perkembangan perkara ini dan memastikan segala tindakan susulan dapat dilaksanakan demi manfaat penduduk,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

“Melaka Sayang Rakyat”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here