Home Komuniti Shanmugam Ziarah Guru Cedera Akibat Letupan Gas Memasak

Shanmugam Ziarah Guru Cedera Akibat Letupan Gas Memasak

33
0

GADEK, 3 Jun – Exco Belia, Sukan dan NGO Melaka, V.P. Shanmugam, hari ini melawat seorang guru yang sedang menerima rawatan di Hospital Tampin selepas terlibat dalam insiden kebakaran akibat letupan gas memasak.

Mangsa, Mohamad Edham Zul, 29, merupakan guru di SMK Sultan Mansor Shah dan kini menerima rawatan susulan kecederaan yang dialami dalam kejadian berkenaan.

Menurut Shanmugam, beliau telah menziarahi mangsa di hospital bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatannya selain memberikan sokongan moral kepada mangsa dan keluarga.

Beliau turut melawat kediaman mangsa bagi meninjau sendiri keadaan lokasi kejadian serta mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden tersebut.

“Semoga Mohamad Edham diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan yang segera. Saya juga mendoakan agar beliau serta keluarga terus tabah menghadapi ujian ini,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar mangsa segera sembuh dan dapat kembali meneruskan khidmat baktinya sebagai seorang pendidik seperti sediakala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here