Home Politik Cikgu Selamat Takim Terus Santuni Masyarakat Sungai Balang Melalui Program Ziarah Kasih

Cikgu Selamat Takim Terus Santuni Masyarakat Sungai Balang Melalui Program Ziarah Kasih

90
0

MUAR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sungai Balang, Cikgu Selamat Takim meneruskan pendekatan turun padang dengan menyantuni masyarakat menerusi Program Ziarah Kasih pada 28 Jun 2026.

Aktiviti beliau dimulakan dengan kunjungan takziah ke rumah keluarga Allahyarham Rohizan bin Kurzi yang kembali ke rahmatullah malam sebelumnya. Cikgu Selamat turut menyampaikan ucapan takziah serta mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.

Selepas itu, beliau meneruskan siri kunjungan dengan bersarapan bersama penduduk di Warung Sri Mor milik En. Razak di Bukit Mor, sambil beramah mesra serta mendengar pandangan dan harapan masyarakat setempat.

Program Ziarah Kasih kemudiannya diteruskan dengan menziarahi beberapa penduduk yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, antaranya sahabat lama beliau, Alzan bin Haji Hashim di Parit Jawa yang mengalami strok.

Beliau turut bersama En. Ng menziarahi Chong Leng Huwa di Pekan Bukit Mor, Parit Jawa yang kurang sihat serta sedang dalam proses permohonan Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, Cikgu Selamat turut menziarahi Nordin bin Mislan di Taman Biru, Bukit Mor yang turut mengalami strok sehingga menjejaskan keupayaan beliau untuk bekerja seperti biasa.

Menurut Cikgu Selamat, pendekatan Ziarah Kasih menjadi antara usaha utama beliau sejak diberi amanah sebagai ADUN Sungai Balang sebelum ini bagi mendekati rakyat serta memahami keperluan masyarakat secara lebih dekat.

Beliau berkata, setiap kunjungan bukan sekadar lawatan, sebaliknya menjadi ruang untuk melihat sendiri keadaan rakyat dan memastikan mereka yang memerlukan perhatian tidak terpinggir.

#PRNJohor #SungaiBalang #BN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here