Home Komuniti Projek Naik Taraf Jalan Padang Keladi Giat Dilaksana

Projek Naik Taraf Jalan Padang Keladi Giat Dilaksana

271
0

DURIAN TUNGGAL – Kerja-kerja menaik taraf Jalan Padang Keladi kini sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Zahari Kalil berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada CMI Infra serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka atas tindakan pantas dan komitmen dalam melaksanakan projek berkenaan.

Menurut beliau, pelaksanaan projek tersebut akan terus dipantau bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual serta memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Insya-Allah, usaha seperti ini akan terus dipantau agar setiap projek yang dilaksanakan dapat disiapkan mengikut jadual dan memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.

Gambar semasa kerja penurapan dilakukan di Jalan Padang Keladi

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan usaha pembangunan di kawasan berkenaan.

“Bersama kita terus membina Durian Tunggal yang lebih hebat dan sejahtera,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.


Melaka Sayang Rakyat

- Melaka Report

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here