Home Nasional Gelombang Sokongan Barisan Nasional: Dua Panglima Turun Padang di Bukit Naning

Gelombang Sokongan Barisan Nasional: Dua Panglima Turun Padang di Bukit Naning

1060
0

Suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Bukit Naning semakin rancak dengan kehadiran dua pemimpin kanan Barisan Nasional (BN). Kehadiran Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hasan dan Dato’ Seri Dr. Ahmad Bin Maslan ke kawasan tersebut jelas memberikan suntikan semangat serta memperkukuh momentum kempen bagi memastikan kemenangan calon BN, Saudara Mohd Ghazali Sabari, pada pilihan raya kali ini.

Program bermula seawal pagi apabila Tok Mat Hasan, yang sinonim dengan gaya santunnya, meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan para pengundi di Warung Cenderawasih. Kehadiran beliau bukan sahaja merancakkan suasana pagi, malah memberikan ruang kepada penduduk setempat untuk berinteraksi secara terus dengan pemimpin peringkat atasan parti, sekali gus membuktikan keprihatinan BN terhadap akar umbi.

Seterusnya, tumpuan beralih kepada Dato’ Seri Dr. Ahmad Maslan yang turun padang bagi menyantuni para petugas jentera BN di Bukit Naning. Pertemuan tersebut merupakan manifestasi sokongan moral yang amat penting bagi membakar semangat jentera parti untuk terus bekerja keras dan berjuang habis-habisan dalam menghadapi sengitnya persaingan pada PRN Johor ini.

Seusai sesi perjumpaan bersama jentera, program diteruskan dengan agenda menyantuni masyarakat secara lebih dekat. Dato’ Seri Dr. Ahmad Maslan bersama-sama calon BN, Saudara Mohd Ghazali Sabari, telah turun padang melawat lima buah rumah warga emas sekitar Batu 18, Bukit Naning. Antara mereka yang diziarahi termasuklah mantan ketua kampung serta mantan pegawai syarak, yang merupakan tokoh-tokoh disegani di kawasan tersebut.

Kunjungan tersebut disambut dengan penuh keterujaan oleh penduduk setempat yang menghargai keprihatinan pemimpin parti. Bagi mereka, kehadiran calon dan pimpinan tertinggi BN ke rumah-rumah penduduk mencerminkan sikap rendah diri serta komitmen tinggi pihak parti untuk terus mendampingi rakyat tanpa mengira masa dan keadaan.

Penduduk Bukit Naning melahirkan harapan yang menggunung agar Barisan Nasional dapat meraih kemenangan besar dalam PRN kali ini. Mereka amat mendambakan kesinambungan usaha pembangunan serta penambahbaikan sahsiah penduduk di kawasan itu, yang selama ini menjadi antara fokus utama perjuangan BN demi kesejahteraan masa depan masyarakat setempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here