Home Komuniti Nurul Syasya Khairina, Atlet Melaka Kebanggaan DUN Asahan

Nurul Syasya Khairina, Atlet Melaka Kebanggaan DUN Asahan

62
0

KAJANG — Atlet angkat berat berbakat besar dari Melaka, Nurul Syasya Khairina, mengharumkan nama negeri serta kawasan DUN Asahan selepas berjaya meraih pingat emas dalam pentas Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Kejayaan cemerlang itu dilakar menerusi acara Angkat Berat Wanita Bawah 69 kg dengan jumlah angkatan keseluruhan 182kg (Snatch: 76 kg & Clean & Jerk: 106kg) yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Nurul Syasya membuktikan penguasaan penuh dalam kategori tersebut menerusi angkatan kemas dan berdisiplin, sekali gus menewaskan pesaing-pesaing lain dari seluruh negara untuk mengesahkan kejuaraan milik Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here