ALOR GAJAH, 3 Jun – Penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut pada April lalu menerima bantuan menerusi Sumbangan Tabung Bencana Daerah yang disampaikan Pengerusi Penyelaras JAPERUN Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan, petang tadi.
Sumbangan tersebut diberikan kepada mangsa dari beberapa kawasan yang terjejas termasuk Taman Dimensi, Taman Intekma, Rumah Awam Rembia, Kampung Rembia dan Sungai Petai dalam kawasan JAPERUN Rembia.
Menurut Fairul Nizam, bantuan itu diharap dapat meringankan beban serta memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang masih berdepan kesan akibat bencana berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah atas kerjasama serta keprihatinan dalam menguruskan bantuan kepada mangsa yang terlibat.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan kekuatan kepada semua yang terkesan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.
Kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di Rembia pada April lalu mengakibatkan kerosakan terhadap kediaman penduduk, sekali gus menuntut tindakan segera pelbagai agensi bagi membantu mangsa yang terlibat.
#MelakaReport #SemarakRembia #BantuanBencana #MelakaSayangRakyat






