Home Komuniti Program ‘Apa Khabar Orang Kampung’ Eratkan Hubungan Pemimpin dan Masyarakat

Program ‘Apa Khabar Orang Kampung’ Eratkan Hubungan Pemimpin dan Masyarakat

76
0

ALOR GAJAH, 3 Jun – Program “Apa Khabar Orang Kampung” yang digerakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem, diteruskan pagi ini dengan kunjungan ke beberapa keluarga bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Bulat serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baru (JPKKB) Machap Umboo.

Program santai itu memberi peluang kepada beliau untuk turun padang menyantuni penduduk, bertanya khabar serta mendengar sendiri pandangan dan keperluan masyarakat setempat.

Menurut Ngwe Hee Sem, pertemuan secara bersemuka seperti itu amat dihargai kerana membolehkan beliau memahami isu yang dihadapi rakyat selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

Ngwe Hee Sem bersama AJK JPKK turun padang menyampaikan sumbangan di Kampung Bukit Bulat

“Walaupun santai dan ringkas, pertemuan seperti ini memberi peluang untuk lebih memahami keperluan masyarakat serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang menerima kunjungan tersebut dengan penuh mesra dan terbuka.

Katanya, hubungan yang baik antara pemimpin dan masyarakat perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan setiap isu serta keperluan rakyat dapat diberikan perhatian sewajarnya.

Program “Apa Khabar Orang Kampung” merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan bagi mendekati rakyat serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan penduduk sentiasa menjadi keutamaan sesuai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here