Home Melaka Kecemerlangan Penjawat Awam: MAPAN 2026 Menjadi Pemangkin Aspirasi Negeri

Kecemerlangan Penjawat Awam: MAPAN 2026 Menjadi Pemangkin Aspirasi Negeri

53
0

MELAKA-Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka (MAPAN) Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hatten Hotel pada 30 Jun 2026. Acara berprestij ini menjadi platform utama dalam memberi pengiktirafan tertinggi kepada warga kerja perkhidmatan awam yang telah menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Seramai 379 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta 39 orang penerima Anugerah Khidmat Kepimpinan (AKP). Pengiktirafan ini bukanlah sekadar sijil atau kurniaan semata-mata, sebaliknya merupakan satu amanah besar yang menuntut setiap penerima untuk terus menyemarakkan budaya kerja cemerlang demi kepentingan negeri dan rakyat.

Kemuncak majlis menyaksikan para penerima melafazkan ikrar taat setia sebagai simbol komitmen tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan rakyat. Ikrar ini menjadi manifestasi kesediaan setiap penjawat awam untuk memikul tanggungjawab dengan penuh integriti, dedikasi, dan profesionalisme dalam mendepani cabaran perkhidmatan awam yang semakin dinamik pada masa kini.

Pihak kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala pengorbanan serta usaha gigih para penjawat awam di lapangan. Keberhasilan mereka dalam menjayakan pelbagai inisiatif, termasuk program prihatin seperti Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), telah membuktikan bahawa sinergi antara pentadbiran dan masyarakat merupakan kunci utama kepada kestabilan dan kemajuan negeri.

Hasil daripada komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh seluruh warga kerja, Negeri Melaka telah melakar kejayaan membanggakan apabila Kadar Kepuasan Rakyat Terhadap Penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri bagi tahun 2025 melonjak mencapai tahap 91.94 peratus. Pencapaian ini merupakan cerminan kepada kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan yang telah digerakkan secara kolektif oleh semua pihak.

Dengan pengiktirafan ini, ia akan memperkukuhkan lagi aspek penyampaian perkhidmatan awam bagi mengekalkan serta meningkatkan lagi kepercayaan rakyat yang semakin tinggi terhadap kerajaan dan setiap program yang di wujudkan,akan dapat dijayakan dengan lebih inklusif, selari dengan slogan Kerajaan Negeri Melaka, Melaka Sayang Rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here